Saturday, May 22, 2010

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.




TQ n with luv to:
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: bintang_hati
Editor: everjihad

Friday, May 7, 2010

terlambat sudah

"Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu"

:/ tapi aku TETAP perlu JAUH darimu... perlu perlu perlu... arrrggghhhhh... waarrggghhhhhh...

hakahakkkkkk mental sudah!!!


"Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu!!!"


Wednesday, May 5, 2010

229332

kali ini aku lebih bersedia. walau pun aku tetap tidak kuat seperti selalu. yang penting aku boleh terima... sebab aku dah boleh agak dari awal. tiada sape yang salah or betul. jika ini lah takdir yang tertulis buat 2 insan ini, kita harus redha...

datang tanpa di undang, kehadiran satu pengajaran dan pengalaman yang cukup bermakna, dan pemergian yang agak menyentap jiwa tanpa ku duga. terima kasih untuk semua itu...

pemohonan & pemintaan telah didgr oleh NYA, jika benar tafsiran yang dibuat, harap ia semata-mata untuk kebaikan. TQ GOD for listening to me. hamba yang kerdil lagi hina ini.

3321734331

"sekali lagi ku lalui jalan yang sepi... yang cukup diri ini kenali..."

:|

Sunday, April 4, 2010

telah dijanjikan...

salam, lately ni ramai plak artis malaysia yang meninggal muda. mereka2 yang tidak di sangka2. last week Din Beramboi meninggal. sgt terkejut org malaysia dibuat nye... masuk spital sebab denggi, terus masuk ccu, kritikal. pelbagai usaha dah dijalankan, tp semua nye dah ditentukan. hari yang dijanjikan telah tiba. maka pergilah dia mengadap Penciptanya... Aznil antara manusia paling sedih, aflin nampak sgt tabah dan redha, tp sume tahu hati dia remukkk.... sabar lah korang yer.

before that, Yani Mentor meninggal sebab ketumbuhan paru2 kalau tak silap. sgt muda. anak still kecik. tapi itulah hari yang dijanjikan Tuhan...

macam tu jugak dgn arwah ustaz asri, yasmin ahmad, loloq... dll. meninggal di usia muda. usia yang tidak dijangka. yang mengejutkan... tapi apa pun, kalau telah tiba waktu yang dijanjikan, malaikat maut tetap kan hadir melaksanakan tugas nya...

moga kalian akan ditetapkan di antara org2 yang beriman, dipermudahkan perjalan di sebelah sana... amin

Thursday, March 18, 2010

terus lah BERSEMANGAT tuk terus HIDUP yer!!!

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Reff:
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Back to Reff (2x)

Laskar pelangi takkan terikat waktu

Thursday, March 11, 2010

:(

Aku Dan Kamu

Kau masih cantik seperti dulu
Saat bersama kujumpa dengan mu
Terasa ingin ku bersamamu
Tapi aku tidak seperti dulu

Kau senyum mesra
Mungkin tak mengapa
Tapi ku tak bisa
Pasti ada yang kan terluka

Jangan ditunggu
Pasti takkan berlaku
Walau kucinta kamu
Biar disimpan
Adakan sempadan
Aku dan juga dirimu

Kini aku telah berdua
Masa depan yang tak kita duga
Kutahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak bisa meninggalkannya

<3 + <3 = <3 <3 = :'(

LAGU KEJAM!!!

hukhukhukkk...

time2 hati tgh pilu milu ni lah DJ2 kat radio ni nak kuar kan lagu2 yg SGT KEJAM lirik2 nya. SAKIT.... PEDIH... tau tak?! hukhukkk :'(

bak kata Yuna, "lagu2 diradio seakan memerli aku" hmmm betul lah kan. kdg2 lagu2 tu mcm TEPAT je kene kat muke. betepekkkk~~ mcm tau2 je situasi kite pada masa tu.

BENCI lah!

:'(