Thursday, September 23, 2010

Apa Bahagian Tubuh Paling Bererti?

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting.

Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."

Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.

Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.

Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis.

Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".

Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.

Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata.

Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"

Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.

Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.

Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past,

Change the events for future, or You will be miserable forever…

Thx: www.iluvislam.com

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan... Bulan Berpuasa

Salam,

Bulan Ramadhan ialah bulan berpuasa bagi semua umat Islam di Dunia. hmmmm... mengagumkan perkara tersebut kan? yelah cube bayangkan, kite tak penah jumpe pun umat2 islam kat negara2 lain tu, tak penah tahu pun cara idup mereka, tak penah faham pun bahasa mereka, but still, kita sume berpuasa di Bulan yang sama dengan berlandaskan Agama yang sama. Agama Yang Maha Agung. ISLAM agamaku :) kagumkan?!!

Hari ni, masuk hari ke 12 Rakyat Malaysia yang agama Islam berpuasa. So far so Good. Hanya ujian2 kecik Allah Taala sahaja buat kami disini. Kemalangan meragut nyawa telah banyak dilaporkan di dada akhbar sejak mula bulan Ramadhan ni. Sedih, sgt sedih. Kalau ikut hati, mmg tak leh terima nye. Tapi itu yang telah Dijanjikan. Redha... Sgt simpati aku pada Rakyat Pakistan yang dilanda Banjir bersekala mega baru2 ni. Musnah segalanya. Allah... berat benar aku rase dugaan itu buat mereka. But again, PASTI ada sebab ia nya berlaku. Percaya dan Yakin pada Maha Agung. Insyallah, pasti ada sinar menanti kalian. Doaku buat kalian, Moga Allah memudahkan urusan kalian dan kalian diRahmati oleh Nya. Aminnnn.

Pada yang lain, selamat menjalani ibadah puasa. moga ibadah kita diterima Allah...

love



Monday, June 14, 2010

2 to 3?!!!

Gulppp... seram, takot, nebes... adakah itu yg patut aku rase? hmmmmm

tak kot. nak takot ape, nak risau ape, patut nye aku bersyukurrrrrrr..... thankful sgt2 kehadrat Illahi. memanjangkan umur, memurahkan rezki, aku diBERI tanpa meminta, masih disayangi, masih utuh berDIRI, masih selesa berNAFAS. Alhamduillah... terima kasih Ya Allah kerana memberi aku semua RASA ini semua PERKARA ini semua NIKMAT ini. Aku ingin menjadi umat Mu yang bersyukur... TQ GOD :)

Happy Birthday Fadzillah Mohd Zaihan. 29 years OLD!!! hakahakhakakkkk

Ya Allah Ya Tuhanku, moga aku tidak mensia2 kan usia yg Engkau berikan ini. SEGALA yang Engkau berikan ini. amin. Alhamduillah @>-----

Friday, June 11, 2010

fly fly fly <<{}>>

xmau berjanji... xmau memungkiri janji... so...

"Spread your wings and prepare to fly..For you have become a butterfly..Fly abandonedly into the sun..If you should return to me..We truly were meant to be..So spread your wings and fly..BUTTERFLY"




TQ nyet!!!

Saturday, May 22, 2010

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.




TQ n with luv to:
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: bintang_hati
Editor: everjihad

Friday, May 7, 2010

terlambat sudah

"Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu"

:/ tapi aku TETAP perlu JAUH darimu... perlu perlu perlu... arrrggghhhhh... waarrggghhhhhh...

hakahakkkkkk mental sudah!!!


"Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu!!!"


Wednesday, May 5, 2010

229332

kali ini aku lebih bersedia. walau pun aku tetap tidak kuat seperti selalu. yang penting aku boleh terima... sebab aku dah boleh agak dari awal. tiada sape yang salah or betul. jika ini lah takdir yang tertulis buat 2 insan ini, kita harus redha...

datang tanpa di undang, kehadiran satu pengajaran dan pengalaman yang cukup bermakna, dan pemergian yang agak menyentap jiwa tanpa ku duga. terima kasih untuk semua itu...

pemohonan & pemintaan telah didgr oleh NYA, jika benar tafsiran yang dibuat, harap ia semata-mata untuk kebaikan. TQ GOD for listening to me. hamba yang kerdil lagi hina ini.

3321734331

"sekali lagi ku lalui jalan yang sepi... yang cukup diri ini kenali..."

:|