Thursday, December 31, 2009

good bye 2.0.0.9 welcome 2.0.1.0

gud bye 2009... harap apa2 pun yg telah terjadi sepanjang 2009 akan menjadi pembakar semangat dan pengajaran yang paling bermakne untk aku. byk yg aku dh lalui n pelajari sepanjang thn 2009. byk juga peristiwa2 bersejarah yg tercatat sepanjang 2009. mcm my sister wedding. ini semua tuk memenuhi coretan sejarah kehidupan. aku gembira n aku sedih untuk perkara2 itu. azam?! hmmm ade jugak lah azam aku thn 2009 yg terlaksana n terkandas. hahakahakkk. normal lah kottt...

2010? hmmmm masih jauh kan. keadaan masih tak pasti. apa yg pasti, aku, kamu, dia, mereka mesti mengharapkan yg terbaekkkkk for 2010. moga2 byk holiday 4 me. hehehheheee. n i really hope that 2010 akan menjadi yang baik, bagus, gud, ceria, DIRAHMATI, DILINDUNGI, DISAYANGI (*wink*)... amin. Tuhan, makbulkan lah doa kami hendaknya...

ok, off to Pekan, Pahang 2 nite. yahooooo :D

Thursday, December 24, 2009

buat dia yang bernama SAHABAT

Peringatan buat dia dan aku.

sesungguhnya sebuah Penghijrahan yang baik memerlukan sebuah PENGORBANAN yang besar.
tertulisnya setiap sesuatu itu untuk kita hanya lah demi sebuah Kebaikan dan Kebahagiaan. seperti yg selalu menjadi santapan telinga kita "pasti ada Hikmah disebalik setiap sesuatu itu", maka dengan itu, percayalah Sahabat, pasti ada yang baik menanti mu disana. Insyallah. kalau itulah takdir yang tertulis untuk mu, jgn lah kau merasa garu.

tapi, andai garu masih menyelubungi diri mu, aku tahu kau pasti rujuk kepada NYA. juga jangan kau lupa yang AKU ada disini walau hanya sebagai pendengar.

Aku doa kan moga pilihan mu menjadi sebuah PENGHIJRAHAN yang menghasilkan pengakhiran yang BAIK. amin.

p/s: yakin pada diri, berserah pada Allah. Insyaalah segalanya akan menjadi baik2 saja.

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

...Selamat Tahun Baru 1431H...

Something to share :D


1 Muharram 1431H

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.


DOA AKHIR TAHUN



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.

Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.


DOA AWAL TAHUN



Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wednesday, December 16, 2009

not good!

I feel so down down down down lah.

arrrgggghhhhhhhhhhhh. pening! serabot! adoiiiiiiiii

ya allahhhh help me. i need 2 be strongggg. stronngggggg kuat kuat kuat. gagah pun ok jugak.

putus asa? tak baek tu. DONT'!

arrrgghhhh so sad lah.

Sunday, December 13, 2009

UPDATE! UPDATE! UPDATE!

acummm... hakahkakkk. habuk!

Ya Allah... malas nye nak update blog lately ni. byk koje. heheee. mari kite mengimbas memori silam. ape yg jadi lately ni. ok:

1) ape ek?! ohhh member sekolah lama baru kawen, aku aza lina farah smpat g. penyu@dzul

2) ohhh, b4 g bangkok itu ari, adik aku FARAH kawen. 31hb oct 2009 nikah, 1 nov 2009 majlis. meriah. ramai yg datang. semua berjalan lancar, after majlis baru hujan. HUJAN RAHMAT. thanx pada para HADIRIN. tq 4 u time. TQ to sedara mara ku. TQ untuk hadiah2 juga.

3)KERJA: dept aku tinggal aku sorang jer. aku lah bos, aku lah kuli. najib n nori benti meninggalkan aku keseorangan :(

4) aku baru pulang dr LANGKAWI last wednesday. after 15 days kat sana. ayooo. byk keje, panas, MANTAN, penat, letih, SUKOI, shopping, cokolat, PTU, cable car, under water world. BEST lahhh. aku kat sana sbb LIMA 2009. Aza pun ada. happy...

5) hari ni pulak, 13hb dec 09, kenduri kawen FARAH belah lelaki. umah dodol@arin kat klang.

6) ni BAD NEW: Mak Lang aku pass away yesterday. buah pinggang dia rosak. Ari ni baru kebumi (13 dec 09). yes, same date ngan hari kenduri umah dodol. so, mmg syahdu lah. my famili, pak itam's famili n along hairil's famili je yg ikut rombongan pompuan. nasib baik ada kawan2. TQ to mak uteh n famili, cik wan n famili & wan hamizah n famili. TQ TQ TQ korang kerana sudi memeriahkan. famili aku yang lain menguruskan pengkembumian jenazah arwah Mak Lang. adoiii sian gile kat mak aku. kakak dia kan. tp, last nite sempat blik kg ziarah jenazah. balik KL pg td jugak about 4.00am sampai umah. al-fatihah untuk arwah. moga rohnya dicucuri rahmat.

7) ape lagi ek, rase nye dh update semua. kalau ingat ape2, aku update later lah.

**arrrgggghhhhhh.... esok keje!!! OFFICE?! after 15 days, OMG!