Wednesday, December 31, 2008

last day 2008

salam... esok dah masuk 2009. hari ni last day for 2008. Ya Allah... cepatnye masa berlalukan. tahun 2008, mcm2 benda jadi. ada yang best n ade yang tak best. tapi so far, 2008 ok. byk gak benda yang baik2, yang best jadi dalam idup aku. bertambah ilmunya, kawannya, imannya, n kenanganya. lipatan sejarah kehidupan pun bertambah tebalnya...

yang pahit akan manis akhirnya n yang manis tak akan sedap tanpa pahitnya. so, mcm tulah jugak sejarah idup aku. hehheee... what ever it is, aku bersyukur dan redha dengan KETENTUAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA PENYAYANG. moga aku akan menjadi hambaNYA yang menurut segala perintah dan suruhanNYA pada masa akan datang. amin...

2009, aku harap ia penuh dengan kasih-sayang, keberkatan, keinsafan dan kegemilangan... amin.

~salam maal hijrah~ berhijrahlah kita ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat


Sunday, December 28, 2008

MUMMY RETURN

wahhrrrgggg... hheehehehe takut tak bunyi nye. sebenarnye nak bagi tau sikit citer ni. itu arikan aku di PAKSE pindah oleh management opis aku kan. ok lah, aku dah pindah. so, opis lama aku kosong, sepi, sunyi dgn kehadiran sape2 pun. termasuklah toilet nye. 1 day itu ari, aku kene buat keje kat bawah sikit, so aku pun g lah toiletnye sbb nak lepas hajat lah kan. Alangkah tekejut nye aku melihat kan yg toilet itu dah bertukar menjadi babak padang pasir dlm MUMMY RETURN. hehehhe tak lah teruk sangat, tapi amat MENYERAMKAN ok! tgk lah gambo ni.

ni kesan dr pembentukan perkampungan SANG SEMUT.


yang ni plak hasil gigitan SANG TIKUS keatas tupperware mak liz dr opis lama liz. sian mak dia.

Friday, December 26, 2008

OK n x OK...

hmmm... lama tak jenguk blog aku ni. bukan bz, tp tak de masa... itu hari baru baik dr bengkak telinga kanan.salah masuk ubat.apelagi kalau bukan kerana cik selsema lah. sape lagi nye angkara. pas dah nak hampir OK, tetiba mak plak x OK. check in spital. 2 'hotel' mak check in. spital slayang n PUSRAWI. sian mak... dekat 5 hari gak baru dia check out! hehehee... 2nd day mak kat PUSRAWI, aku plak demam panas. mana tak nye, aircond kat spital tu KETERLALUAN sejuk nye! GILERrrrrr SEJUK! tak tipu punye, kulit muka aku siap tekupas mcm g berjemur kalau g camping tu. dahSHIT kan. ehhh silap, dahsyat! silap. itu baru 1 hari 1 malam aku teman mak. nasib baik 2nd day tukar shif. FARAH plak jaga.. ehhehe. demam aku kebah the next day nye. alhamduillah. OK dah.

tapi tulah, TUHAN sayang kat aku. after two days mcm tulah, mak check out dr spital, aku diserang sakit perut, muntah n CB yang MELAMPAU... makan je muntah. tak makan pun muntah. perut kosong pun nak CB gak. aduhhh... kronik2. dah lah tgh 'P' ditambah perisa sang senggugut plak, YA ALLAH.. dugaan MU. aku siap mengesyaki diri aku diserang appendix. sebab symptoms tu ade. sakit bawah perut belah kanan, muntah, CB n nangis. argghhh... nak kene belah ke? TIDAKKKkkk... tapi alhamduillah... bile aku buat lawatan rasmi kat doctor yang kebetulan sama plak nama ngan nama aku, beliau mengesahkan aku hanya lah mengalami period pain yang melampau! n aku diberi mc tuk ari tu. hehehehhee.... suke dlm duke ni. n next day nye still tak OK, aku pun mc lagi! nasib baik bos aku OK. memahami. dah lah dept aku kosong. sorang cuti, sorang mc. tinggal BOS je sorang diri. sian. Sorry BOS... emergency maa. tak dirancang.

so, what ever it is... hari ni, 26.12.08 insyallah, aku mak ayah farah akan berangkat menunaikan holiday kami.... (cehhh, ingat nak menunaikan umrah ker?) tapi tunggu siang dulu lah. kami nak g PD... yahoo. holiday. dekat @ jauh tak kesah! yang penting holiday... walaupun perut aku still tak stabil, tp buat kering jer. PD wait 4 me...

hakahakahkkk... bai. nite. muahhh

Friday, December 12, 2008

"skybridge ok, bukan jejantas..."

hehehehe... itulah kata2 aza yang melambangkan keterujaan beliau sewaktu sign board skybridge KLCC kelihatan.

semalam, 11hb Dec 2008 hari Khamis telah tercipta sejarah dalam diri aku n aza. hakahkahakk keunikan reka bentuk bangunan berkembar yang menjadi tatapan kami 10 tahun yang lepas setiap kali sebelum masuk klass tuition (MING) telah kami tawan. cewahhh... sebenarnya, aku n aza memang simpan cita2 nak melintas jambatan KLCC tu dan akhirnya selepas 10 tahun, masanya telah tiba... aku n aza telah merealisasikan impian kami. dengan bantu beberapa pihak yang telah bersusah payah membantu, kami telah berjaya mendapatkan pas menaiki 'skybrigde KLCC'. yahooooo..... alhamduillah. naik lift pegi tingkat 41 dalam masa 41 saat sahaja (kagum ni), kami telah menjejakkan kami di 'jejantas' udara tu. YA ALLAH... seronok nya aku dapat jejakkan kaki kat situ. bestt sgt. ape lagi, bergambar sakan lah kami. sebabkan ketejuraan kami tu, sampai ade satu couple mat salleh ni sound, "having fun?" "hakahakhakk of course I am" aku jawab. (malu sebenarnya dol) siankan, after 10 years baru dapat naik.

Yg lawak nye, after 10 years baru aku tau benda tu boleh dinaiki oleh rakyat jelata n its FREE ok! Sian kan aku. napelah selama ni tak de org nak bg tau or aku nak amik tau! cehhh... tak pe, yg penting aku dah naik. bangunan jauh2 semua nampak. itu belum aku sampai tingkat 70++ 80++ kan. mesti nampak umah aku. heheee...

puas hatilah aku. walaupun kat atas tu kami dibenarkan stay for only 10min je. eeye, betul! 10min je. ramai org yg datang, masa kami sampai tu dalam kul 1.00 pm mcm tulah, tiket dah habis tuk ari tu. nasib baik kami dah deal dulu dgn bantuan mereka2 yg berhati mulia. TQ so MUCH guys... n Thanx a LOT to AZA gak dr aku. TQ za. sbb kalau bkn sbb dia mesti aku tak dpt naik lagi! muahhh... heheheee

turun dari 'jejantas' tu, mcm2 ade kat bawah tu. from souvenir shop, sejarah KLCC, ade mainan IQ n lain2lah. kami pun cube lah ape lagi...


Wednesday, December 10, 2008

haa! nak tgk citer melayu ke?!

hmmmm... macam tulah reaksi setengah2 org kat keliling aku bile aku ckp aku nak g tgh citer melayu. hmmm keji lah kan. aku cukup tak paham manusia yg berdarah melayu n bercakap melayu hidup dlm 'melayu' tp caci hasil karya bangsa melayu. MALU lahh geng ada melayu mcm ni. bile org kata tak sedar diri, or kata 'makan belacan belagak makan cheese' marah plak korang ye.
ape yg salah nye tgk citer melayu, malu?! aduhh.. pada aku citer2 melayu kat wayang tu dia org buat mengikut kehendak org melayu@malaysia. aku suke je tgk. fine kalau korang tak nak tgk, tp tak payah KUTUK lah! please ok, just dun! aku bengang gile bile 'org2' ni start bersuara, "haa? citer melayu ker?" menyirap betul aku dgr.
eerrrrrrrrrrrrrr. GERAM!!! bengong! menci lah! ahhh lantak korang lah... yang penting aku mmg support citer buatan MALAYSIA... MALAYSIA BOLEH! citer2 baru kat wayang ni aku dah tgk 'selamat pagi cinta' & 'antoofighter : Amukan Drakulat' hakahakahkkkk best2! n aku akan tgk 'Lous&Faun' & 'HISTERIA'. insyaallah... tak sabau rase nye. aku bukan tak tgk citer2 bahasa lain. aku tgk gak. citer omputih, thai, indon, hindustan pun aku layan tau. ehhehehe.

mmmm.. tak pelah, what ever it is... ini semua hak individu. HAK AKU n HAK KORANG lah. yang penting korang jgn lah caci bangsa sendiri. cermin diri dulu k.

'chintailah yang menchintai kamu... bukan yg mencaci kamu'

>>peace + luv 4 ever<<

Friday, November 28, 2008

A very touching reunion



hmmm tersentuh hatiku. best nyekan bela lion. kalau dulu time sekolah tadika teacher suke tny, awak ada binatang peliharaan? ada cikgu. ok, saya nak tanya sorang2:

amer awak belia apa? saya bela ikan cikgu.
yasmin ada binatang peliharaan? saya ada kucing cikgu. kucing saya nama tompok.
salwa ada? ada cikgu. saya bela kucing jugak. nama dia belang. tapi dah mati... kene langgar.
saiful awak bela apa pulak? saya bela SINGA cikgu...

hakahakakkaka... mesti best kan jawapan macam tu. mesti kene gelak satu class until cikgu kata esok kamu semua bawak binatang peliharaan kamu ye. cikgu nak tengok chomel tak? and than saiful pun bawak lah SINGA dia kan. hehehehee best giler macam tu! aku nak jugak lah.

(kembali pada video diatas) tapi nasib baik org tu tak kene makan kan. aku ingat mmg kene 'ngap' je org tu. huhhh... nasib they so LUCKY. hehehee..

auumm...

Wednesday, November 26, 2008

>>tagged by A.Y.I.N<<

1. do u think u are HOT?
i am HOT! bcoz aku dipakse PINDAH! huhuu dah lah tgh dgr HOT.fm!

2. upload a fav pic of you



3. why do u like this picture?
taken by k'zai :) chantik kan aku. hakahakkk. i like it bcoz it so peaceful.aman.damai.tenang. Chantik gambar ni~ (gambar ini masa tgh penat ni)

4. when was the last time u ate pizza?
Y pizza? nape tak KFC ke McD ke nasi ayam ke teh o laici ke (hmmm sdpnye) Pak Li Kopitiam ker? not sure... 1 month before puase kot.

5. the last song u listen too?
>>Lucky<< Jason Mraz ft. Colbie Caillat
really luv tiz song... dah dgr entah brp kali pun not sure. walaupun ianya tiada kene mengena ngan idup gue. i juz luv it! music dia best (dh naik benanah telinga liz dgr, heheh soli beb!)

6. what are u doing right now besides this
settlekan my 'bebanan kerja' utk membina kerjaya. huhuu :(

7. what name u prefer besides yours?
errr... urrr... nurul ain?! wahhkakakkaa so NOT ME! taklah, im ok with my name. SEDAP dah.

8. 5 people to tag
1. kak zai
2. liz
3. farah
4. aza
5. dodol

9. who is no.1
some1 with very good heart! luv u kak. muahh2

10. no.3 is having relationship with?
hahahaa... ahmad zaharin. God please bless them

11. say something about no.5
outsider. but i trust him! for now lah, hehehe

12. how about no.4?
my school mate. byk bnd kami rahsiakan (senyum jahat)

13. who is no.2
my officemate. my fren. kami pun ada byk rahsia 2gether-coffee machine beb! hehee ;p

@>-----

Friday, November 21, 2008

moving.... what?! again??? tutt... tutt.. betul lah!

i like to moving moving... we like to, moving! (madagaska) TAK DE MAKNENYE! tukar, i DON'T like to moving moving, we DON'T like to movingggg!!!

adehhh... apelah nak jadi ngan aku ni, aku keje sini dalam 5 tahun. dalam 5 tahun ni ntah brp kali tah aku pindah. yang aku ingat, aku asik pindah jerrr... PINDAH! PINDAH! PINDAH! dr tempat skarang naik balik tmp lama. dr tempat lama pegi balik tmp dulu. dr tmp dulu pegi tmp baru. dr tmp baru pegi balik tmp asal! arrrrgggghhhhhh.... boleh jadi gile! asik moving jerrr. LETIH TAU TAK?! huhh.. (sape terase sndr mau ingat!) bak kata akhiil hay, anak cina makan pengat, sendiri mau ingat! tapi ape kan daya, kami hanyalah rakyat jelata. akur pada arahan. pekerja cemerlangkan... hehehe. hmmm k lah, pinggang pun dah nak patah, (dah lah 1st day tutt...) so nak balik lah... luruskan pinggang... hmmm.

Thursday, November 6, 2008

little girl talk to the BIG world

just now masuk blog ayin, and she just post this 'short story' that very good for us who live in this BIG BIG world. dedicate to all the creatures in this whole world...

"Little girl and her father were crossing a bridge. The father was kind of scared so he asked his little daughter, 'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.' The little girl said, 'No, Dad. You hold my hand.' 'What's the difference?' Asked the puzzled father. 'There's a big difference,' replied the little girl. 'If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.' In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours..."



ayin, curik from u... sori ek'

Monday, November 3, 2008

deepavali...


hapie deepavali... hehehe slalunya aku tak ambik pot pasal deepavali ni. yang aku tahu, itu adelah HARI CUTI.... huhuu... tapi tahun ni lain sikit. mcm slalu gak, aku akan pegi umah auntie nani blakang. tapi this year yang best nye aku dapat duit raya... gile lah deepavali dapat duit raya. raya deepavali. hakhakahakk... aku dah lah bawak si aza beraya skali. hehehe maka dua-dua pun dapat. ang pow packet dia chantik. hehehe jgn jealous haa...




Sunday, November 2, 2008

makan,makanan,makang,food...

huhuhu.. ari ni nak post gambar makanan jer... actually byk bnd jd seen my last post, tp mcm malas je nak mengarang kat blog ni. so sbb skarang mmg musim makan jer, maklumlah lps puase ni, byk tul jamuan makan. ini antara gambar2 yg sempat aku snap! hehhee so kite tgk gambar yg buat semua pihak gumbira... ready>>> maaf lah pada sape2 yg terliur... sorie ayin aku tau ko mmg tak bleh tgk makanan. huhuu ;) ;D ;p











Friday, October 24, 2008

selsema * ; *

selsema... selsema dan aku mmg tak dapat dipisahkan... hehehe. dr aku sekolah sampe skarang. it still wit me. mengekori aku mcm org kuning digi. aduhhh... leceh lah. dr semlm aku menanggung sakit hidung, kepala, n tekak. tp nasib baik, this time mata tak gatal. kalau tidak, mau terkeluar mata aku aku tonyoh. huhu. tp tak pe, aku ade ramai kawan sengangkatan ngan aku pasal masalah selsema ni. kat opis jer, aku, syaz, mmg slalu kene selsema. kalau bab mata gatal gosok sampai nak terjojol plak, aku, syaz + liz. hehehe. geng tu :D kalau cousin aku, si nomel ngan unah. mmg basah lah sape duduk depan kite org kalau masa dah time tu! hakahakahkk. pakai payung lah jwp nye.

tp tak pelah, Allah sayang kat kami, tu yang bagi ujian tu. kalau tak lupe plak pada YANG MAHA KUASA tu. aku dah cube mcm2 benda, mmg ade kurang lah, tp sebab TAK PANTANG! which is; salah sendiri... so... "lu pk lah sndiri!" bak kata ahmad nabil. huhuhuu... degil kan. k lah, nanti citer lain. nak balik lah. buhsan. da-da(pengaruh citer indon>> INTAN)

Friday, October 10, 2008

duit raya...

hakahakahkk lawak lah raya tahun ni. lupa nak bagi tau. aku dapat duit raya tau tahun ni. walau pun hanya sebanyak RM6.00, but still. lawak lah. pak anjang aku bagi RM2.00, adi latip RM1.00(aku pakse sebenarnya ni... hakhakahakkk), kawan ayah RM2.00 (ni lawak tak ingat, ada ke tny aku still skoll ker? hakahakahkk... awet muda ko nyah!) lagi singgit ayah bagi. hakahakahakkaka. bleh lah lepas bayar duit toll aku. TQ semua, tahun depan nak bagi, bagi lebih2 sikit... boleh lepas bayar minyak kete plak ker... huhuhuu

Wednesday, October 8, 2008

nafas terakhir...





selasa 07.10.08 jam 8.30pagi ::BERITA SEDIH:: Jibek disahkan mati oleh pihak klinik haiwan. panggilan telefon yang telah dibuat kepada adik aku agak lewat kerana menuggu ketibaan doc pada jam lbh kurang 11.45pagi untuk mengesahkan kematian nya. sedih, sedih sangat. aku rasa macam nak pecah dada aku bila teringat kat dia sebab aku budget dia akan selamat. tapi bila pagi2 farah dah call, aku dah bleh agak. satu lagi pengakhiran sebuah kehidupan harus aku tempuh. berat dugaan ni walau dia hanya seekor kucing. tapi dia adalah kegembiraan kami. mak aku yang tak berapa suka kucing pun sayang/suka/senang dgn si jibek. sebab dia punya keistimewaan tersendiri. pandai bawa diri. bersih. aduhhh... aku adalah org yang diamanahkan untuk menutut jibek. aku budget nak pegi amik ngan mak ke ayah ke, sekali sebab aku lewat balik dr opis, aku terpaksa pegi sorang amik jibek sebab klinik tutup pukul 8pm. dr klang aku terus g kepong. sesak nafas aku pk mcm mn aku nak pegang dia nanti. sampai klinik aku tarik nafas panjang2, astagfirallah byk2, baru aku turun kete masuk klinik. settlekan bil, tny sikit sebyk, dia pun serahkan sebuah kotak berisi 'bangkai' kucing aku yang dibungkus dengan 2 helai plastik sampah berwarna hijau muda. berat. jibek lagi berat dari biasa. agak nya sebab dah mati memang macam tu kot. pembantu klinik tu membebel sikit sebanyak ngan aku, aku pun terus blah. aku letak kat sebelah seat aku. atas seat co-pilot. mula2 aku bawak je kete buat mcm tak de pape, n by the time nak sampai umah, baru aku brani pegang dia. alaa... aku rase bentuk badan dia. mcm dia tgh tido je. merengkok. sejuk sangat. perut dia still besar dari biasa. sian nya dia. sakit.

sampai umah, aku letak kat luar umah dulu. aku g semayang maghrib, makan dulu, relax2 jap. tak lama pastu farah balik dr keje. mak long n famili yang datang tadi pun dah balik dah. herlina pun ada datang amik dodol beliau. sowie lina, terpaksa ko datang agak lambat. harap sempat ko tgk dunia baru the movie tu. lepas semua dah settle, aku ayah n farah pun memulakan operasi pengkebumian bangkai jibek. lepas lubang dikorek, ayah suruh bukak plastik sampah tu, suruh farah, dia tak nak. hampeh, so aku lah dengan macho nye terpakse bukak. kami bukan takut, tapi tak sanggup tengok dia. hmmm nak tak nak, ayah dah tunggu ni, so aku bismillah bukak lah plastiknya. YA ALLAH... memang macam tengah tido. merengkok dgn kaki depan tampung kepala dia. tenangnya kucing ni. bulu dia chantik sangat, still bekilat mcm selalu. cume badan dia sangat sejuk. selalu panas... farah pun memberanikan diri dekat kat bagkai nak tgk gak. so kami balut ngan kertas surat khabar n masukkan dalam lubang. pastu ayah cepat2 kambus balik lubang tu. aku pacakkan ranting kayu sebagai tanda.

sepanjang pengkebumian tu berlaku, saerah, adik pada jibek yg tgh sarat bunting(mmg tggu time je pmpuan tu) memerhatikan dari dekat. aku rase dia tahu abang nya dah tak de. jibek sayang sangat kat saerah tu. slalu protect saerah walau pun jibek seekor kucing yang penakot. adik dia kan. redha je lah dgn segala ketentuan NYA...itu lah yang terbaik tuk jibek.