Wednesday, October 8, 2008

nafas terakhir...





selasa 07.10.08 jam 8.30pagi ::BERITA SEDIH:: Jibek disahkan mati oleh pihak klinik haiwan. panggilan telefon yang telah dibuat kepada adik aku agak lewat kerana menuggu ketibaan doc pada jam lbh kurang 11.45pagi untuk mengesahkan kematian nya. sedih, sedih sangat. aku rasa macam nak pecah dada aku bila teringat kat dia sebab aku budget dia akan selamat. tapi bila pagi2 farah dah call, aku dah bleh agak. satu lagi pengakhiran sebuah kehidupan harus aku tempuh. berat dugaan ni walau dia hanya seekor kucing. tapi dia adalah kegembiraan kami. mak aku yang tak berapa suka kucing pun sayang/suka/senang dgn si jibek. sebab dia punya keistimewaan tersendiri. pandai bawa diri. bersih. aduhhh... aku adalah org yang diamanahkan untuk menutut jibek. aku budget nak pegi amik ngan mak ke ayah ke, sekali sebab aku lewat balik dr opis, aku terpaksa pegi sorang amik jibek sebab klinik tutup pukul 8pm. dr klang aku terus g kepong. sesak nafas aku pk mcm mn aku nak pegang dia nanti. sampai klinik aku tarik nafas panjang2, astagfirallah byk2, baru aku turun kete masuk klinik. settlekan bil, tny sikit sebyk, dia pun serahkan sebuah kotak berisi 'bangkai' kucing aku yang dibungkus dengan 2 helai plastik sampah berwarna hijau muda. berat. jibek lagi berat dari biasa. agak nya sebab dah mati memang macam tu kot. pembantu klinik tu membebel sikit sebanyak ngan aku, aku pun terus blah. aku letak kat sebelah seat aku. atas seat co-pilot. mula2 aku bawak je kete buat mcm tak de pape, n by the time nak sampai umah, baru aku brani pegang dia. alaa... aku rase bentuk badan dia. mcm dia tgh tido je. merengkok. sejuk sangat. perut dia still besar dari biasa. sian nya dia. sakit.

sampai umah, aku letak kat luar umah dulu. aku g semayang maghrib, makan dulu, relax2 jap. tak lama pastu farah balik dr keje. mak long n famili yang datang tadi pun dah balik dah. herlina pun ada datang amik dodol beliau. sowie lina, terpaksa ko datang agak lambat. harap sempat ko tgk dunia baru the movie tu. lepas semua dah settle, aku ayah n farah pun memulakan operasi pengkebumian bangkai jibek. lepas lubang dikorek, ayah suruh bukak plastik sampah tu, suruh farah, dia tak nak. hampeh, so aku lah dengan macho nye terpakse bukak. kami bukan takut, tapi tak sanggup tengok dia. hmmm nak tak nak, ayah dah tunggu ni, so aku bismillah bukak lah plastiknya. YA ALLAH... memang macam tengah tido. merengkok dgn kaki depan tampung kepala dia. tenangnya kucing ni. bulu dia chantik sangat, still bekilat mcm selalu. cume badan dia sangat sejuk. selalu panas... farah pun memberanikan diri dekat kat bagkai nak tgk gak. so kami balut ngan kertas surat khabar n masukkan dalam lubang. pastu ayah cepat2 kambus balik lubang tu. aku pacakkan ranting kayu sebagai tanda.

sepanjang pengkebumian tu berlaku, saerah, adik pada jibek yg tgh sarat bunting(mmg tggu time je pmpuan tu) memerhatikan dari dekat. aku rase dia tahu abang nya dah tak de. jibek sayang sangat kat saerah tu. slalu protect saerah walau pun jibek seekor kucing yang penakot. adik dia kan. redha je lah dgn segala ketentuan NYA...itu lah yang terbaik tuk jibek.

No comments: