Friday, October 3, 2008

raya aidilfitri 2008 ::SEBELUM RAYA::

RAYA, hmmm mcm org lain gak, aku pun ade citer aku pasal raye ni. mcm2 benda jadi raye ni. yang ok n yang tak berape nak ok. tak sedap nak dengar lah... ok, citer b4 raye aku ni jadi dalam bulan puasa lahkan. perkara2 yang berlaku antaranya ialah:

1) 6-9-08>> wan esah aku kat kg sakit. dia tetibe mcm 'switch off'. dia kene time g surau semayang terawih. tetibe org jumpe dia duduk tak buat ape2, tak bawak telekung pun. tak ingat ape2, tak kenal sape2. sedih giler time aku balik n dia tak kenal aku. hmmm sakit tu nak hadap kenyataan mcm tu. walau pun aku serapat mana ngan dia, tapi juz dia je yg still ade tuk aku panggil wan. yang betul2 wan berdarah keturunan kami. adik pada arwah atok aku. tinggal dia je nak bebelkan kami bangun pagi2 semayang subuh. nak bebelkan aku tiap kali balik kg lah.

2) tak sure datelah>> tapi rase2 2 weeks b4 raya lah. brita sdih dr KLANG. hmmm comp aku ade masalah kewangan yang agak kritikal. dah lama gak kami hadap dugaan ni. bosses kami cube jugak mempertahankan comp kami sedaya mungkin. tapi akhirnya, baru2 ni, ape yang kami takutkan terpaksa dilaksanakan juga. lebih kurang 40-50 org staff comp aku terpaksa diberhentikan. sedih... memang sedih sangat. lagi2 mengenangkan pakcik2 yang dah berumur n byk tanggungan tu. mana nak cari keje baru lagi, nak raya lagi, nak bukak sekolah awal tahun lagi.... hmmm. mmg kita slalu dengar org cakap, "Bumi TUHAN luas sgt, rezki ada di mana2". tapi kita pun selalu dengar org cakap, "berat mata memandang, berat lagi BAHU yang memikulnya". kan?! dalam ramai2, alhamduillah, takat ni, aku n the geng tak dapat surat lagi. tapi kami bersedia dengan sebarang kemungkinan. kalau dah bukan rezki kami kat situkan, mungkin kat tempat lain lagi elok. Insyallah... :)

3) 19-9-08>> en arie aku kene langgar dari belakang. kene kat area umah aku, simpang masuk sek ren. aduhhh... :( sengal tulang *b_ _ t_t* aku tgk dia. sian dia. GEN-2 yg langgar, cinoi. pagi2 b4 g to work, terus tak g keje ari tu. menggigil mcm kene pakinsen aku. tp alhamduillah, tak lah trajis sgt. sikit je. itu pun dah ok dalam seminggu tu :) ensem dah balik en arie.














4) 30-9-08 (selasa/2.15am/rembau) hari terakhir semua umat islam puasa tuk tahun ni. esok semua org sambut raya. tapi tuk kami sekeluarga, ari ni ialah hari terakhir kami jumpe wan esah. dari ari isnin wan dah nazak. pak lang call pagi2 suruh balik kg. so, dr plan asal nak balik after semayang raye, kami tukar balik pada hari isnin jugak. masa kami sampai tgh ari tu, dia mcm ok jer. sedar tapi tak bercakap and still moving. petangnya, time sedara aku yg datang melawat nak balik, dia adelah bercakap sikit. tapi tak dengar ape dia ckp lah. slow sgt. after that wan tidor. dari petang sampai lah lepas semayang terawih still tido. after semayang terawih, org surau sebelah umah datang jengok dia. abg fuod kata, jangan ditinggalkan wan sorang2 dah. bile org2 alim ni ckp, mesti berlandaskan ilmu diakan. so aku agak, masa dah time lah ni. dia org baca yassin ramai2, wan dari dalam bilik, dah diangkat ke luar. kat hall. baca yassin sampai lbh kurang kul 12-12++am. aku tak sure. dalam kul 12++ aku tertido. pastu pukul 2.00am aku bangun nak semayang isyak jap, b4 semayang aku g tgk wan. mak aku n mak jang ade dekat kiri kanan wan, teman kan wan. aku pun semayang... bangun rakaat ke3, aku dgr mcm bising2 kat luar. pastu ade org masuk bilik. aku dah tak kusyuk dah time tu. bile aku bagi salam je, ayah cakap kat aku "wan dah tak ada"... masa rakaat ke3 tu, aku dah boleh agak patutnya, tapi bile ayah bagi tau, akal aku mcm tak nak terima jer, aku keluar bilik, g kat wan, mak jang kat situ cakap "dah tak de..." aku boleh question mak cik aku tu, "betul ker dah tak de?" mak jang kata tak caya check sendiri. aku rase dada dia dah tak gerak, aku letak jari kat depan hidung nya, mmg dah tak de pape... innaillahiwainaillahirujiun... sesungguhnya, Allah nak amik dia bulan MULIA ni jugak. KAMI REDHA dalam ketentuan NYA. sehari sebelum RAYA?! mesti ade hikmahNYA. hanya ENGKAU maha mengetahui ape hikmahnya YA ALLAH... alfatihah...

5) 30-9-08>> lebih kurang jam 12.00tgh ari, jenazah selamat dikebumikan. alhamduillah semua urusan mandi jenazah, khafan jenazah, semayang jenazah sampailah pengkebumian jenayah berjalan lancar dengan izin Allah. cume kak ngah asik pengsan2 sejak jenazah di mandikan. dia rapat ngan wan sebab dia scholl kat kg. duduk ngan wan. sian gak tgk dia, termenung je. ape2 pun setiap yang hidup pasti akan mati. dan kite yang hidup kene meneruskan hidup. REDHA...

>>walau dugaan kita berbeza, kita TETAP menuju arah yang sama<< .:AKHIRAT:. *ayat diatas ditiru dari drama 'hanya aku'. pinjam ek

No comments: