Wednesday, December 31, 2008

last day 2008

salam... esok dah masuk 2009. hari ni last day for 2008. Ya Allah... cepatnye masa berlalukan. tahun 2008, mcm2 benda jadi. ada yang best n ade yang tak best. tapi so far, 2008 ok. byk gak benda yang baik2, yang best jadi dalam idup aku. bertambah ilmunya, kawannya, imannya, n kenanganya. lipatan sejarah kehidupan pun bertambah tebalnya...

yang pahit akan manis akhirnya n yang manis tak akan sedap tanpa pahitnya. so, mcm tulah jugak sejarah idup aku. hehheee... what ever it is, aku bersyukur dan redha dengan KETENTUAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA PENYAYANG. moga aku akan menjadi hambaNYA yang menurut segala perintah dan suruhanNYA pada masa akan datang. amin...

2009, aku harap ia penuh dengan kasih-sayang, keberkatan, keinsafan dan kegemilangan... amin.

~salam maal hijrah~ berhijrahlah kita ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat


Sunday, December 28, 2008

MUMMY RETURN

wahhrrrgggg... hheehehehe takut tak bunyi nye. sebenarnye nak bagi tau sikit citer ni. itu arikan aku di PAKSE pindah oleh management opis aku kan. ok lah, aku dah pindah. so, opis lama aku kosong, sepi, sunyi dgn kehadiran sape2 pun. termasuklah toilet nye. 1 day itu ari, aku kene buat keje kat bawah sikit, so aku pun g lah toiletnye sbb nak lepas hajat lah kan. Alangkah tekejut nye aku melihat kan yg toilet itu dah bertukar menjadi babak padang pasir dlm MUMMY RETURN. hehehhe tak lah teruk sangat, tapi amat MENYERAMKAN ok! tgk lah gambo ni.

ni kesan dr pembentukan perkampungan SANG SEMUT.


yang ni plak hasil gigitan SANG TIKUS keatas tupperware mak liz dr opis lama liz. sian mak dia.

Friday, December 26, 2008

OK n x OK...

hmmm... lama tak jenguk blog aku ni. bukan bz, tp tak de masa... itu hari baru baik dr bengkak telinga kanan.salah masuk ubat.apelagi kalau bukan kerana cik selsema lah. sape lagi nye angkara. pas dah nak hampir OK, tetiba mak plak x OK. check in spital. 2 'hotel' mak check in. spital slayang n PUSRAWI. sian mak... dekat 5 hari gak baru dia check out! hehehee... 2nd day mak kat PUSRAWI, aku plak demam panas. mana tak nye, aircond kat spital tu KETERLALUAN sejuk nye! GILERrrrrr SEJUK! tak tipu punye, kulit muka aku siap tekupas mcm g berjemur kalau g camping tu. dahSHIT kan. ehhh silap, dahsyat! silap. itu baru 1 hari 1 malam aku teman mak. nasib baik 2nd day tukar shif. FARAH plak jaga.. ehhehe. demam aku kebah the next day nye. alhamduillah. OK dah.

tapi tulah, TUHAN sayang kat aku. after two days mcm tulah, mak check out dr spital, aku diserang sakit perut, muntah n CB yang MELAMPAU... makan je muntah. tak makan pun muntah. perut kosong pun nak CB gak. aduhhh... kronik2. dah lah tgh 'P' ditambah perisa sang senggugut plak, YA ALLAH.. dugaan MU. aku siap mengesyaki diri aku diserang appendix. sebab symptoms tu ade. sakit bawah perut belah kanan, muntah, CB n nangis. argghhh... nak kene belah ke? TIDAKKKkkk... tapi alhamduillah... bile aku buat lawatan rasmi kat doctor yang kebetulan sama plak nama ngan nama aku, beliau mengesahkan aku hanya lah mengalami period pain yang melampau! n aku diberi mc tuk ari tu. hehehehhee.... suke dlm duke ni. n next day nye still tak OK, aku pun mc lagi! nasib baik bos aku OK. memahami. dah lah dept aku kosong. sorang cuti, sorang mc. tinggal BOS je sorang diri. sian. Sorry BOS... emergency maa. tak dirancang.

so, what ever it is... hari ni, 26.12.08 insyallah, aku mak ayah farah akan berangkat menunaikan holiday kami.... (cehhh, ingat nak menunaikan umrah ker?) tapi tunggu siang dulu lah. kami nak g PD... yahoo. holiday. dekat @ jauh tak kesah! yang penting holiday... walaupun perut aku still tak stabil, tp buat kering jer. PD wait 4 me...

hakahakahkkk... bai. nite. muahhh

Friday, December 12, 2008

"skybridge ok, bukan jejantas..."

hehehehe... itulah kata2 aza yang melambangkan keterujaan beliau sewaktu sign board skybridge KLCC kelihatan.

semalam, 11hb Dec 2008 hari Khamis telah tercipta sejarah dalam diri aku n aza. hakahkahakk keunikan reka bentuk bangunan berkembar yang menjadi tatapan kami 10 tahun yang lepas setiap kali sebelum masuk klass tuition (MING) telah kami tawan. cewahhh... sebenarnya, aku n aza memang simpan cita2 nak melintas jambatan KLCC tu dan akhirnya selepas 10 tahun, masanya telah tiba... aku n aza telah merealisasikan impian kami. dengan bantu beberapa pihak yang telah bersusah payah membantu, kami telah berjaya mendapatkan pas menaiki 'skybrigde KLCC'. yahooooo..... alhamduillah. naik lift pegi tingkat 41 dalam masa 41 saat sahaja (kagum ni), kami telah menjejakkan kami di 'jejantas' udara tu. YA ALLAH... seronok nya aku dapat jejakkan kaki kat situ. bestt sgt. ape lagi, bergambar sakan lah kami. sebabkan ketejuraan kami tu, sampai ade satu couple mat salleh ni sound, "having fun?" "hakahakhakk of course I am" aku jawab. (malu sebenarnya dol) siankan, after 10 years baru dapat naik.

Yg lawak nye, after 10 years baru aku tau benda tu boleh dinaiki oleh rakyat jelata n its FREE ok! Sian kan aku. napelah selama ni tak de org nak bg tau or aku nak amik tau! cehhh... tak pe, yg penting aku dah naik. bangunan jauh2 semua nampak. itu belum aku sampai tingkat 70++ 80++ kan. mesti nampak umah aku. heheee...

puas hatilah aku. walaupun kat atas tu kami dibenarkan stay for only 10min je. eeye, betul! 10min je. ramai org yg datang, masa kami sampai tu dalam kul 1.00 pm mcm tulah, tiket dah habis tuk ari tu. nasib baik kami dah deal dulu dgn bantuan mereka2 yg berhati mulia. TQ so MUCH guys... n Thanx a LOT to AZA gak dr aku. TQ za. sbb kalau bkn sbb dia mesti aku tak dpt naik lagi! muahhh... heheheee

turun dari 'jejantas' tu, mcm2 ade kat bawah tu. from souvenir shop, sejarah KLCC, ade mainan IQ n lain2lah. kami pun cube lah ape lagi...


Wednesday, December 10, 2008

haa! nak tgk citer melayu ke?!

hmmmm... macam tulah reaksi setengah2 org kat keliling aku bile aku ckp aku nak g tgh citer melayu. hmmm keji lah kan. aku cukup tak paham manusia yg berdarah melayu n bercakap melayu hidup dlm 'melayu' tp caci hasil karya bangsa melayu. MALU lahh geng ada melayu mcm ni. bile org kata tak sedar diri, or kata 'makan belacan belagak makan cheese' marah plak korang ye.
ape yg salah nye tgk citer melayu, malu?! aduhh.. pada aku citer2 melayu kat wayang tu dia org buat mengikut kehendak org melayu@malaysia. aku suke je tgk. fine kalau korang tak nak tgk, tp tak payah KUTUK lah! please ok, just dun! aku bengang gile bile 'org2' ni start bersuara, "haa? citer melayu ker?" menyirap betul aku dgr.
eerrrrrrrrrrrrrr. GERAM!!! bengong! menci lah! ahhh lantak korang lah... yang penting aku mmg support citer buatan MALAYSIA... MALAYSIA BOLEH! citer2 baru kat wayang ni aku dah tgk 'selamat pagi cinta' & 'antoofighter : Amukan Drakulat' hakahakahkkkk best2! n aku akan tgk 'Lous&Faun' & 'HISTERIA'. insyaallah... tak sabau rase nye. aku bukan tak tgk citer2 bahasa lain. aku tgk gak. citer omputih, thai, indon, hindustan pun aku layan tau. ehhehehe.

mmmm.. tak pelah, what ever it is... ini semua hak individu. HAK AKU n HAK KORANG lah. yang penting korang jgn lah caci bangsa sendiri. cermin diri dulu k.

'chintailah yang menchintai kamu... bukan yg mencaci kamu'

>>peace + luv 4 ever<<