Thursday, December 31, 2009

good bye 2.0.0.9 welcome 2.0.1.0

gud bye 2009... harap apa2 pun yg telah terjadi sepanjang 2009 akan menjadi pembakar semangat dan pengajaran yang paling bermakne untk aku. byk yg aku dh lalui n pelajari sepanjang thn 2009. byk juga peristiwa2 bersejarah yg tercatat sepanjang 2009. mcm my sister wedding. ini semua tuk memenuhi coretan sejarah kehidupan. aku gembira n aku sedih untuk perkara2 itu. azam?! hmmm ade jugak lah azam aku thn 2009 yg terlaksana n terkandas. hahakahakkk. normal lah kottt...

2010? hmmmm masih jauh kan. keadaan masih tak pasti. apa yg pasti, aku, kamu, dia, mereka mesti mengharapkan yg terbaekkkkk for 2010. moga2 byk holiday 4 me. hehehheheee. n i really hope that 2010 akan menjadi yang baik, bagus, gud, ceria, DIRAHMATI, DILINDUNGI, DISAYANGI (*wink*)... amin. Tuhan, makbulkan lah doa kami hendaknya...

ok, off to Pekan, Pahang 2 nite. yahooooo :D

Thursday, December 24, 2009

buat dia yang bernama SAHABAT

Peringatan buat dia dan aku.

sesungguhnya sebuah Penghijrahan yang baik memerlukan sebuah PENGORBANAN yang besar.
tertulisnya setiap sesuatu itu untuk kita hanya lah demi sebuah Kebaikan dan Kebahagiaan. seperti yg selalu menjadi santapan telinga kita "pasti ada Hikmah disebalik setiap sesuatu itu", maka dengan itu, percayalah Sahabat, pasti ada yang baik menanti mu disana. Insyallah. kalau itulah takdir yang tertulis untuk mu, jgn lah kau merasa garu.

tapi, andai garu masih menyelubungi diri mu, aku tahu kau pasti rujuk kepada NYA. juga jangan kau lupa yang AKU ada disini walau hanya sebagai pendengar.

Aku doa kan moga pilihan mu menjadi sebuah PENGHIJRAHAN yang menghasilkan pengakhiran yang BAIK. amin.

p/s: yakin pada diri, berserah pada Allah. Insyaalah segalanya akan menjadi baik2 saja.

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

...Selamat Tahun Baru 1431H...

Something to share :D


1 Muharram 1431H

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.


DOA AKHIR TAHUN



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.

Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.


DOA AWAL TAHUN



Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wednesday, December 16, 2009

not good!

I feel so down down down down lah.

arrrgggghhhhhhhhhhhh. pening! serabot! adoiiiiiiiii

ya allahhhh help me. i need 2 be strongggg. stronngggggg kuat kuat kuat. gagah pun ok jugak.

putus asa? tak baek tu. DONT'!

arrrgghhhh so sad lah.

Sunday, December 13, 2009

UPDATE! UPDATE! UPDATE!

acummm... hakahkakkk. habuk!

Ya Allah... malas nye nak update blog lately ni. byk koje. heheee. mari kite mengimbas memori silam. ape yg jadi lately ni. ok:

1) ape ek?! ohhh member sekolah lama baru kawen, aku aza lina farah smpat g. penyu@dzul

2) ohhh, b4 g bangkok itu ari, adik aku FARAH kawen. 31hb oct 2009 nikah, 1 nov 2009 majlis. meriah. ramai yg datang. semua berjalan lancar, after majlis baru hujan. HUJAN RAHMAT. thanx pada para HADIRIN. tq 4 u time. TQ to sedara mara ku. TQ untuk hadiah2 juga.

3)KERJA: dept aku tinggal aku sorang jer. aku lah bos, aku lah kuli. najib n nori benti meninggalkan aku keseorangan :(

4) aku baru pulang dr LANGKAWI last wednesday. after 15 days kat sana. ayooo. byk keje, panas, MANTAN, penat, letih, SUKOI, shopping, cokolat, PTU, cable car, under water world. BEST lahhh. aku kat sana sbb LIMA 2009. Aza pun ada. happy...

5) hari ni pulak, 13hb dec 09, kenduri kawen FARAH belah lelaki. umah dodol@arin kat klang.

6) ni BAD NEW: Mak Lang aku pass away yesterday. buah pinggang dia rosak. Ari ni baru kebumi (13 dec 09). yes, same date ngan hari kenduri umah dodol. so, mmg syahdu lah. my famili, pak itam's famili n along hairil's famili je yg ikut rombongan pompuan. nasib baik ada kawan2. TQ to mak uteh n famili, cik wan n famili & wan hamizah n famili. TQ TQ TQ korang kerana sudi memeriahkan. famili aku yang lain menguruskan pengkembumian jenazah arwah Mak Lang. adoiii sian gile kat mak aku. kakak dia kan. tp, last nite sempat blik kg ziarah jenazah. balik KL pg td jugak about 4.00am sampai umah. al-fatihah untuk arwah. moga rohnya dicucuri rahmat.

7) ape lagi ek, rase nye dh update semua. kalau ingat ape2, aku update later lah.

**arrrgggghhhhhh.... esok keje!!! OFFICE?! after 15 days, OMG!

Friday, November 20, 2009

BANGKOK

sawadeekapp...

heheee... SERONOK! HAPPY! GUMBIRA! penat! hakhakakkk. aku baru balik dr Bangkok last nite. vacation with famili. BEST sgt... shopping mmg heaven sgt. aku beli 4 ketul jam. muahhahahaa.... best best best. 6 hari aku kat sana. mmg seronok... mcm2 tmp aku g. istana2 dia org, kuil2 buddha tu. pusing2 bangkok naik bot panjang ikut sungai (agak menakutkan gelora air dia) but so nice view dia. siap jumpe biawak besar lg. takoot.

hmmm kosong sikit otak aku after vacation ni. jumpe kawan budak siam lg. chomel... muehhh muehhh muehhhh. BIG TQ to uncle Vijay. Luv him so much lah. kalau bkn sbb dia, tak sampai lah aku kat siam tu :)

after tiz, need 2 focus on LIMA 2009. LANGKAWI.... wait 4 me...... arrrggghhhhhhh

p/s: gambar later lah. malas!

Sunday, October 11, 2009

PAPADOM


semalam g tgk citer ni, memang TERBAEKKKKK lah kawan2. u guys harusss pegi tonton. 'wajib tayang' ini cerita. jalan cerita dia penuh bermakna. tersusun je jalan cerita nye. lengkap. serius, lawak, sedih, kelakar, cinta, family, daddy, mummy, anak, frens, lecture, 1 malaysia, tukang kebun hakhakakkk, semua ada. mmg best. cukup rasa.

i really hope u guys pergi tonton citer ni. tak rugi. berbaloi baloi...

sokong lah industri filem kita. FILEM MALAYSIA!

to aflin: congratulationssssssssssss. terbaekkkkkkk

Saturday, October 10, 2009

open house lagii

alhamduillah... murah rezki. baru balik dr open house umah liz. makan makan makan... mmg aku mkn byk kali ni. makanan nye sedap2 belake... mmg puas lahh... dah la umah liz khemah nye mcm khemah org kawen. siap buffet setting pun mcm org kawen. besttt lah... pengantin lelaki n pompuan pun ade. hakahkahakkkkk.
apa2 pun, TQ liz. kenyang kami. majlis kamu best banget' thanx to u n ur famili... n to 'bakal famili' juga

Friday, October 9, 2009

hari makan seSATANG...

alhamduillah...
ari ni murah rezki kami. ari ni, org2 opis bawah buat 'open office'. so MAKANG FREE lah kami. heheheheee... banyak nye makanan. tak tau nak makan yg mana 1 dulu. roti jala mak yuz mmg TERBAEK. cayalahhh~ pastu, si angah adik yuz boleh plak buat 'open house' gak time lunch time tadi, kami tanpa paksaan telah menghadirkan diri. MAKANG lagi. hadoi aii... tak dayo dah den. jamah laksa yo. ngan paru. ohhh tidak lupe puding MILO yg MANTAP!

TQ org opis bawah.... SATANG JAYA, Operations, SATANG DAGANG, Internal Audit, HR & Admin. dan juga YUZ n adik nye. TQ TQ TQ...

moga Allah memudahkan rezki kalian. amin.

bluurrrr~ upss

-__-

Wednesday, October 7, 2009

kerja


adoii, after a very LONG holiday, now kene pk about kerja plak. huk huk huk... ni aku baru je balik from Kuantan. g tangkap gambar kat workshop sana. penat! tp enjoy lah :) so, now, after dh balik ni, a lotsssss of design work waiting... this is all 4 LIMA '09. calendar lagi. nasib baek ari tu kad raya boleh guna design2 lama yg tak digunakan. heheee. slamat otak aku.

but now ni, otak aku bakal bergegar semula. kene pk design tuk few things. adoiii. byk gak ni. now ni dah lah aku tinggal 'sebatang kara' jer as designer. semua benda nak kene 'sentuhan' aku. tak campur ngan kejap2 org workshop mintak tangkap gambar brg2 lagi. design tuk ID Card office dah siap. tinggal 2-3 org je nak kene betul kan. ade plak gambar yg aku dah terhilangkan. hehheee. terdelete kot ;p

ape2 jer lah kan, KERJA TETAP KERJA! have 2 do it! alhamduillah aku still ade KERJA n dapat gaji. boleh bagi en arie makan. kalau tak, nangis lahh aku...

pada kengkawan, KERJA KUAT! KUAT KERJA!

;p smile

Sunday, September 6, 2009

berbuka with x-cosmo

we had FUN last nite. sgt seronok. buke puasa dgn bdk2 cosmo yg dirancang akhirnye berjaya juga. pada wajah2 yang telah lama aku rindukan(ehem2) akhirnye bersua muke juga. masing2 teruja jumpe each other. lama sungguh kite tak jumpe kan kengkawan. walau pun masih ramai yg tak dpt join, tp kami puas hati.

masing2 offcouse sedikit SEBYK sure berubah nye. yg dh kawen bwk isteri, bwk anak. yg single bwk awek, bwk kawan, bwk 'kekasih gelap' (hakahkkk aku lah tu). ramai gak yg dh kawen ade anak, tp dtg 'bujang'. PERASAN! mcm2 ragam dia org ni. dgn ciman yg bwk je camera dslr, tp tak charge bateri. hampeh! betul lah kata org, kalau kite jumpe balik kawan2 time skool ker study ker mesti karektor kite pd masa lalu akan terKELUAR tanpe sedar. mmg aku nampak lah bnd tu semlm. lagi2 time ambik gambar reramai. hakahkkkkk. gelakkkk je.

pada yg tak dpt datang tu, sila lah MENANGIS, eh tak2. Aku sian gile lah ngan korang, sbb aku tau korang nak sgt dtg, tp apekan daya, keluarga, kerjaya dan dll perlu didahului. maybe NEXT TIME ok geng.

senarai kehadiran:

Sekeluarga:
1- Maznah, hubby, anak(mkn mcm org dewasa, nak pakai garfu n spoon)
2- Ca'oii, wife, anak(+meow meow meow damia.)
3- Juju, hubby, anak(kaki buli kak eda, asik tarik rambut kak eda)

Loving couple:
1- Ayat n wife
2- Ajun n didie(tunangan)
3- CK n awek

Married MAN but hadir as 'ORG BUJANG' kunun:
1- Cek Ben (anak 2)
2- Ciman (anak 2)
3- Wa'chot

Single lagi kami:
1- Aku
2- Cairy
3- Ecam (paling smart lah semlm, dtg dr opis)
4- Eida
5- Epong
6- Nanai
7- Jai
8- Lin with fren(anak pengarah HUKM katanye, aku n nanai dh mintak keje dh. sempatttt)

hadir secara MISTERI:
1- FARAH(tokei spek kaca mata)
~sian nyelah aku ngan farah ni, sbb kan tak dpt dtg (niaga), dia video call aku. sbb nak jugak tgk muke bdk2 yg datang, nasib baek technology dh canggih~

aku rase tu je senarai kehadiran. kalau ade yg tertinggal, MAAF... sila nyatakan siapa.

last skali nak ckp THX korang... next time wat lg k. LEBIEU ALL...

cosmo d hati'

Friday, August 28, 2009

kata HATI seorang LELAKI

ni dr seorang sahabat ku yang bernama LELAKI.

whatever you give a woman, she'll make it greater. If you give her sperm she will give you a baby, if you give her a house she'll give you a home, if you give her groceries she'll give you a meal, if you give her a smile she'll give you her heart..she'll multiplies and enlarges what is given to her...

so, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit :p haha!

gud 1 haa?! smile WOMEN smile...

;)

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN bulan MULIA

Salam,

Selamat Menyambut Ramadhan pada semua umat Islam. Moga segala ibadah kita di terima Allah. dan moga Ramadhan kali ini kita lebih menggunakan peluang yang diLIMPAHkan pada kita. Alhamduillah sbb masih diberi kesempatan untuk menempuh Ramadhan tahun ini. Alhamduillah.

Pada kengkawan dan semua umat manusia, saya mohon ampun dan maaf sekiranya ade salah dan silap yang telah saya lakukan dengan sengaja atau tidak, yang saya ketahui dan tidak. AMPUN, SORRY, MAAF.

Sabar dan tabah dalam mencari keredhaanNYA. tenang ok...

*pose jgn tak pose*

Thursday, August 6, 2009

muahahhahaa



muahahhahahaaa saya suke banget lagu ni. best best bestttt muahahahhaa

ROSSA ~ Hey Ladies


Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus(aminnn)

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

hakhakakakak best.



Thursday, July 23, 2009

:'|


"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa... hilang dimata tapi dihati jangan lupa...."

hari ini dalam sejarah. baru tadi balik dari 'Majlis Suai Kenal & Perpisahan' company aku. bersara nye Pengerusi Lama dan bergantinya Pengerusi Baru. Tiada lagi DJ di Satang. hmmm sedih gak, tapi ape kan daya, Ketentuan Tuhan. Diharap yang baru akan menerangi semula.

15.7.2009 ialah tarikh beliau melepaskan segala pahit jerih, berkat usaha, susah payah selama lbh kurang 18 tahun pada 'tangan baru'. Bukan sesuatu yang mudah, tapi ia nya PERLU dilaksanakan demi SATANG!
Yang berlalu biarlah berlalu, yang di depan perlu lebih perhatian dan hati-hati melangkah hendaknya.

# dlm 18thn tu, aku sebahagian dr nya. 6 thn aku mencari rezki di sini :)

Sunday, July 12, 2009

koma,

JANGAN PERNAH MENYESAL...

kalau itu yang tertulis dan tersirat dalam lipatan buku teks hidup aku, ape lagi yang perlu aku pikirkan. hanya ikut dan nikmati nya sahaja. TUHAN sesungguhnya KAU MAHA MENGETAHUI dan MAHA BESAR. KAU telah tetapkan hanya yang TERBAIK untuk HAMBAMU yang amat kerdil ini. setelah aku berusaha, berdoa, tawakal, berpikir, termenung, buat kire-kire, membaca, berbincang, ber ber ber... akhirnya keputusan TELAH diBUAT. hanya ALLAH YANG MAHA BESAR, aku, diriku, otakku, hatiku, badanku, pikiranku, akalku yang PERLU TAHU KEPUTUSAN itu. RAHSIA... hakhakakakkk.

Apa pun yang terjadi JANGAN pernah MENYESAL dengan keputusan ini. Ia nye sebahagian dari warna warni, masam manis, pahit jerih, hitam putih, baik buruk KEHIDUPAN insan yang bernama AKU. Biarlah aku yang mencorakkan liku2 HIDUP aku. kau, dia, kamu, mereka, anda semua adalah sabahagian dari sejarah yang telah tercorak dan terwarna dalam hidup aku. trima kaseh untuk itu. tanpa semua itu, mungkin hidup aku tidak seINDAH ini.

ape pun yang terjadi, JANGAN LUPE UNTUK TERUS TERSENYUM dan BERSYUKUR dengan nikmat dan KASEH SAYANG dr ALLAH S.W.T. REDHA dgn setiap KEJADIAN...

-from dzi to dzi and only for dzi-

Thursday, May 28, 2009

Phewwiitt...

dia ker....

yolahhh dia lahh... hakahakkk

rock! oooo... :D

Tuesday, May 12, 2009

Munajat Cinta

~Munajat Cinta by The Rock feat Mister Ahmad Dhani~

Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah, sudah

Hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya

Mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin, pupus

~musik itu~

Tuesday, May 5, 2009

kosong... 00000

Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini
Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu
Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

entry kali ni for 2 of my frens (she n he). they lost their 'hero'

korang... aku tahu korang KUAT! redha dgn ketentuanNYA. yang tersurat dan tersirat telah ditetapkan. hanya doa penyambung silaturahim.

to 'her'
aku boleh pinjamkan bahu aku tuk ko nangis n telingaku tuk ko luahkan rase. i b there by ur side ok. insyallah...

Tuesday, April 28, 2009

NATUREianz...

heheheh suke suki je aku bubuh title cam tukan. boleh?! suke ah, blog aku. hmmm seronok n penat aku ni. sakit badan seh, lama tak tido khemah. tapi seronokkkk... nape? ni sbb nye:
DAILY WALKERS, SAT, HIKING CHALLENGE. itulah antara nama2 yg penah glamour satu ketika dahulu. setelah lama mendiamkan diri kerana sibok ngan urusan masing2 sebagai manusia yg bertanggungjawab di atas muka bumi ni, akhirnya kami telah disatukan oleh APAK... reunion telah dibuat di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang pada 25hb-26hb April 2009 yg lalu. Mmg tak semua budak2 dulu dpt datang lahkan, sbb2 yg pelbagai lah. urusan masing2. tapi apak, aku, kak zah, jai, komeng, shadow, bundle, alang n family, AJ, nasa n family, along, fendi, awang, rahim, cikgu n cikgu jr, lea, dee n bf, cik ann (hmmm rase dah sebut semua dah) berkesempatan hadir...

seronok sgt dpt jumpe bdk2 ni balik. lama kan tak jumpe... hehehee dah ade anak dah korang kan. pd korang yg tak dpt hadir, jgn sedih ek, ni ade gambo buat tatapan kalian n maybe kite akan buat lagi k.


>_<

Wednesday, April 15, 2009

Bang Bil accident


pagi tadi aku dgr HOTfm. pastu FF bagi tau yg 'Bang Bil' xciden semalam. pastu si fafau n suraya call him. aku rase dia jatuh motor kot. dia lap baikkk punyee... "lap punye lap sekali besepahhh" kata bang bil. hehehee sian. semalam pinggang dia sakit giler lah, dia ingat pinggan dia dah patah dah. tapi hari ni dah ok. alhamduillah

pastu dia cakap cam ni "ni balasan lah ni, sebab saya peluk kan! org kata nape lah nabil peluk irma?! kan?! haa ni saya dah dapat dah balasanNya" huhuu. so pade mereka2 yg kat luar sana yg agak bengang ngan tindakan nabil memeluk irma kekasih hati beliau, dah lah tu marah nye. nabil dah banyak kali mintak sorry kan. people make mistakes kan. lagi2 bile emosi menguasai diri. cnth: marah, geram, sedih, teruja, gumbira dll. kan?! so, maafkan lah.

to bang bil: lain kali beragak lah yoo. pikir sobolom bertindak yoo, hehehhee. suruh omak ayah ekau bokam pinggang kau tu. takot plak ado darah boku kang. hehehee... saya suko nabilll selagi diyo tak buek hal...

Saturday, April 4, 2009

earth hour 2009

aku n aza berada di Dataran Merdeka pada mlm sambutan Earth Hour 2009. so dlm acara yg gulap-gulita cam tu harus lah tukanGambar menyibokkan dirinya. n hasilnya >>>

before:


8.30pm-9.30pm:




after:

Friday, April 3, 2009

terompahku nan sebelahhhh...


jgn ditinggalkan daku, kutiplah daku, bawalah daku pergi bersamamu dan rakan2 mu yg sedang pecah perut ketawa... dan kau juga mentertawakan aku rupanya :( aku sedih... *~* sedih sekali...

Thursday, April 2, 2009

sambutan maulidur RASUL


ari ni kat opis ade sambutan maulidur Rasul. so, seperti biasa tugas aku ialah snap2 photo. nama pun tukanGambar kan... so, sambil men'snap' photo2 for comp, aku snap2 gak photo2 kami. kekekeeee... pasti perlukan posing2. jadi tataplah gambo kami.

ni b4 start

ni pun b4 start

hanya beliau tau kenape dgn mulut beliau

control

muslimah


penceramah tuk ari ini. USTAZ DZULKARNAIN. best ustaz ni. adil. tak pihak lelaki atau perempuan. Kelakar plak tu, tak lah bohsan kan. TQ USTAZ...
kalau rase "mcm penahku lihat ustaz ni, tapi dimana ya..."
jawapannya di ASTRO OASIS-KALAM SUCI



Friday, March 27, 2009

picture of the day....



inilah hasilnya bile dua insan kebohsanan dan tekanan. hakhakahkakkk. gabungan hujung lensa n glass yg sgt membantu.

Thursday, March 26, 2009

YOUR LIGHT SWITCH IS YOUR VOTE



do it 'tuk masa depan

Thursday, March 19, 2009

TAGGED by cik jenah rempittttt

1. Letakkan 3 gambar dalam berlainan mood!!


>> suci <<

>> masam <<

>> seronok <<

2. Describe in 5 words about yourself
1. chomel huhuu ape nak muntah?! silakan...
2. baran
3. hapie
4. hati_kuntum wahwahwagghhh (sensitif)
5. kaki_jalan

3. Berikan 3 perkara yang buat anda gelisah
1. LELAKI hakhakkkkkkkkwawahhahagggg
2. keje tak siap
3. buat salah seram nii

4. Huruf yang anda selalu guna
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ semua lah!

5. senaraikan 5 perkara yang buat anda happy
1. mak ayah
2. holidayyyyy
3. tido tanpa gangguan
4. bos tak de hehehheee
5. lepak ngan kawan2

6. Senaraikan 5 insan yang anda sayang
1.mak
2. ayah
3. farah
4. abang
5. semua yg mengenali saya gituu

7. Anda marah bila.....
1) org usik barang gua
2) jgn sibok keje gue! buat keje lu jer
3)dsindir nak sound, sound tepet jelah. takot ker weiii
4) kepurapuraan... sedih sikit ni

8. Anda nangis bila.....
1) MARAH!
2) sakit
3) sedih lah kan
4) terharu... huhuhu suke @ duke
5) tgk tibi citer sedih... hakahakakka

9. anda memang SELAMBA kalau tag....
1) AYIN
2) K'ZAI
3) YUZ
4) WANA

alhamdulillah

Sunday, March 15, 2009

senyum lah dunia...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

:)

Thursday, March 5, 2009

quote for today...


(: "my favorite gurl!" ;)

hmmm pagi2 tadi aku dah fly sebab quote diatas. beronok2 rase nye. tapi petang ni quote tu tak bisa buat aku gumbira lagi. menyirap betul aku ngan perangai manusia2 ni. adehh letihhhhhhhhhhh. penattttttttt.

nasib baik ESOK CUTIII. HOLIDAY UNTIL TUESDAY! puas hati aku. hakahkakakakak. wahwhahwhahhwhh. hukhukhukukkkk. kahkahkahkahakahakkkk...... dll

da-daa ;p

Saturday, February 28, 2009

Friday, February 13, 2009

>> me n the songs <<

TAG diri sendir lah!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KORANG mesti ada lagu yang korang dengar je, korang akan rase hmmm hapie, flying, 'got butterfly in my stomach', peaceful, nyaman, suke, 'juz luv it' n bla bla bla... lah kan. Walaupun kadang2, lagu tu tak de kene-mengena ngan korang. so ape kata kita list down all the songs (min 10 songs) and dun forget to tell the reason. me 1st.

1- JIKA by Melly Goeslaw Feat. Ari Lasso
>>reason: no reason. but every time dengar tiz song je, 'got butterfly in my stomach'. juz luv it.

2- LUCKY by Jason Mraz Feat. Colbie Caillat
>>reason: I LUVvvvvvvv the music! very MUCH! sedap dgr.

3- PELANGI PETANG by Sudirman
>>reason: ehem2, biasalah sejarah CINTA luka. heheheeh aku suke part ni
Engkau tiba bagaikan pelangi,
Tak bercahya namun kau berseri

Tapi cukup menghiburkan... Hati in
i...

Lagu ni agak BERMAKNA lah tuk aku. (sentap :( plak tetiba )

4- Aku Bukan Untukmu by Rossa
>>reason: Menangislah kalau dengar. Malas nak citer reason but i like it.
best part
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu

Meski ku memohon dan meminta hatimu

Jangan pernah tinggalkan dirinya

Untuk diriku


5- Leaving On A Jet Plane by John Denver
>>reason: Jalan cerita Armageddon ni sweet n romantic banget. Such a wonderful LOVE
story. Aku mula kenal lagu ni pun sbb Armageddon. Lyrics dia sgt touching lah kalau kita relate dgn cerita tu. im flying... Mcm sampai kat hati je bila Ben Affleck nanyi. heheheee. nak nangis time tu.
Luv this part
Hold me like you'll never let me go

6- Berhenti Berharap by Sheila On 7
>>reason: pun lagu CINTA luka aku gak. aku rase lagu ni mmg kene sgt2 ngan 'my last kes'. nyeh nyeh nyeh. sapa tau n paham, diam2 jelah. pedih lagu ni tuk aku telan. tapi aku tetap pulang tanpa dendam. Moga berbahagia n sihat sejahtera... amin.

Aku berhenti berharap,
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
, Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
, Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, Bila putih menyenangkan


7- Sebuah Kisah Klasik (Untuk Masa Depan) by Sheila On 7
>>reason: lagu ni aku n kawan2 kolej/camping aku jadikan lagu TEMA kami. kami ada buat t-shirt tulis ::Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan:: cuba hayati liriknya, mmg sesuai tuk KAMI. bekelah yg bersejarah. tribute to my blog jugak :)
Bersenang-senanglah Kar'na hari ini yang 'kan kita rindukan Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan Bersenang-senanglah Kar'na waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua Sampai jumpa kawanku S'moga kita selalu Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

8- Pari-Pari Bawah Angin by Meet Uncle Hussain

>>reason: lagu ni lirik n music dia best. relax je. pastu ade byk oooo... ohhhh.... saya suke. Lagu semangat pagi2 nak g keje. nanyi kuat2 dlm kete sorang2.

9- La La La Kerjalah by Meet Uncle Hussain
>>reason: lagu ni SURUH kita KERJAAAaaa... la la lalaaa. kalau tak keja papekedanalah ko!
best part
Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!

betul lah apa yg dikatakan. so, BUHSAN ngan KERJA tetap kena KERJA!

10- last kiss by pearl jam
>>reason: so sad lah this song. aku rase hati aku mengecut je bile dengar. mcm aku berada ditempat kejadian. hakahkakak

k lah, dah byk sangat 'my songs'. cukup lah tu walaupun ade byk lagi lagu nak taruk. aku nak tag kengkawan lah. ayin, kak zai, wana, jenah, sue, n sape2 yang nak buat. sila2 besila. jgn memalu. BUAT JGN TAK BUAT... :)

PENANGAN Le Tour de Langkawi 2009

Aduii, nak tecabot kaki ku ini.

pagi ni aku mcm ayam siap cepat. keluar umah agak awal dr bisa. entah kenapa mcm semangat je nak g keje. agak nye sbb esok cuti kot. hukhukhuk. tapiiiii....... sebab kan penunggang2 basikal yang nak sangat buat lintasan hormat, banyak lah jalan2 sekitar KL ni tutup pagi tadi. dan ia menyebabkan kesesakan lalulintas yg mcm gaban! hmmm menyirap betul! last2, aku sampai lambat gak n dapat plak bonus sakit kaki. gerammmm jee.

mcm mana lah aku boleh tak tau pasal jalan tutup ni. org opis aku kata semlm dah bagi tau. aku baru tau pagi tadi. nasib dengar HOTfm. kalau tak mesti aku menyumpah2 pagi2 tu sbb tak tau ape jd. org yg naik motor siap lah turun n berkumpul kat tepi jalan mcm tgk konsert. tapi nasib aku baik sikit sbb jalan2 yg aku lalu slow aje tidak ditutp terus. jalan sebelah/bertentangan ngan aku tutup terus! ada polis jaga. ayah call tny aku sangkut kat mana. sbb dia sangkut kat jalan yg tutup! hakahkahkk (keji gelakkan bapak ko) si farah keje KL ari ni, tak tau lah minah tu. hehehee. kalau aku tau lahkan, mmg sure aku kuar lambat! mintak half day ker. hehehe bukan nye nak kuar awal kan, kuar lambat plak. siot je aku ni.

tapi nasib baik topic 'a.m. crew' kat HOTfm pg ni BEST. CINTA dan LAGU. apa lagu cinta anda?! so, dia org pasang LOVE song aje sempena 'minggu kasih sayang'. tenang sikit hati ni. ari ni HOTfm mmg cerita pasai CINTO ajer...

to all: HAPIE LUVing...

Monday, February 9, 2009

Cuti Thaipusam...

hmmmm.... berakhir sudah cuti thaipusam. esok back to work! work?! again?! adoiii. esok ada signing ceremony lah pulak. Dgn kondisi badan yang tak berapa larat lg ni n batuk yg tak jemu2 bertandang, tak selesa betul aku nak menjalankan tugas yang dipertanggungjawapkan. tapi, walau apa pun, aku tetap perlu melunaskan amanah ni. PERLU! kalau bukan aku yg jadi tukanGambar nya, sapa lagi lah nak buat ek' nasib baik ceremony tu byk org sebelah sana yg uruskan. kami g tangkap gambo, memeriahkan majlis, buat apa yg patut n MAKAN FREE... nyeh nyeh nyeh.

Cuti 3 hari duk umah je. g jalan2 kat shopping mall je. tak sihat kan, nak g mana. Oh, aleng dah nikah. hehehhe dah jadi SUAMI org dah mamat tu. Alhamduillah. mg berbahagia. 1 week b4 dia nikah, mak dia meninggal. Hebatkan DUGAAN. sian dia. tp dia cool lah, redha kata nya. yelah, tak kan nak meratap plak kan. ada hikmah disebaliknya tu leng. aku tak g kenduri dia sbb JALAN JAM... tulah ko leng, sape suruh kawen 8.2.09. Thaipusam lah! batu caves tu dah lah sebelah umah aku je. nanti kenduri kat BILUT aku balik lah ek. Insyallah. pasni along plak kot mengikut jejak langkah aleng. amin. hehhehe

Wednesday, February 4, 2009

ASTRO FEST 2009 = nice

Dengan tak semena-mena, aza telah mengSMS aku pada petang ari sabtu lalu (31.1.09). "beb, esok free". aku reply "free, nak tgk wayang ke? Jom. citer MAUT". rupe2nya, dia nak ajak aku g family day ASTRO. suke2kan. tp sbb dia ade tiket free 2 keping, n sebab ada meetUncleHussain n Bunk Face perform, so aku yang ala2 nak demam ni pun setuju lah nak ikut.

Kami yg LANGSUNG tak ada kene mengena ngan mana2 staff ASTRO ni pun dah plan baik nye. kalau org tanya kami adalah jawaban: "kami BAKAL staff ASTRO" or "kami bukan staff, tapi kami PELANGGAN ASTRO" hakahkahakkk. (nasib baik tak de sape tny)

Makan free beb, pehhh... ramai banget org n sgt banyak gerai n makanannya ok... tapi kene Q lah plak setgh2 gerai tu. Letih lah mak kan bab Q ni. Memang kayo lah ASTRO ni, family day dia mcm taman tema kota keriangan dah aku tengok. Game mcm2 ada..., tuk budak2 je dah separuh darinya. tak de makne nya nak buat game lari dlm guni ke, tiup gula2 dlm tepung ke, drawing ke, bola ping pong dlm sudu lah. tak de2! ni stok taman tema k. ada machine race motor(yang masuk duit tu), playground yang angin tu, ada puppet house, ade yg game ala2 funfair tu, ahhhh mcm2 ada lah. tuk org dewasa plak, ada massage refleksiologi, ada telek tapak tangan, telek nasib, crazy make-over, hmmm ape lagi za? hehee.. byk sgt. lupe sudah. tapi yang PENTING... kesemua diatas adalah atas biaya ASTRO yang kayo gaban tu! ko pegi duduk je. tapi kami tak sempat buat semua tu sbb lambat register n sebok tgk konset. hakahakhakahak.. padan muke!

ada lions dance-the best in the world kalau tak salah telinga aku dengar. tapi mmg best. terer sih. hebat lah dr yg biasa aku tgk kat umah2 cino atau opis2 cino.

antara yang perform ari tu ialah (yg kami tgk lahkan) Sharp Shooter,BunkFace,Kamikaze,and jumpePakcikHussain... meriah lah. hmmm kalau dah byknya budak indie yang perform, sendiri mau ingat lah. dah jadi mcm tgk gigs aku. (kami tak biasa, kami tgk gigs duduk~hny aku n aza je phm) hakhakahakkk. lagi2 time tgk MUH, aduhhh.. meriah gaban. hmmm BEST lah mereka ni. kami kat depan2 pentas ni. uhhh... nangis lah aza tgk LAN si pujaan hatinya. Siaplah dpt tangkap gambo lagi ngan beliau. (sori beb, gambo lu blurr. minah tu..). MUH mmg LAYAN lah... muahhhh.

ASTRO... lain kali buat lagi tau n jangan lupe ajak KAMI n MUH. nak jumpe Pakcik Hussain lagiiii...

TQ to aza n kawan aza :)

pastu, isnin aku deman panas, balik awal dr opis, g doc kene cucuk sbb panas bdn melampau n dpt MC 2 hari. carik penyakit kan. padan muke aku.

aza yang sakit gusiabg api... takotnyeee
uncle ni peminat tegar semua band yang buat show pd ari tersebot. dia stay kat sini n mcm tulah dia. gile lah. until b4 MUH perform, wife dia ajak balik tp wat bodoh je. anak dia plak dtg. n akhirnya aku tak sure sbb nampak MUH je... cayalah uncle. support our local band!
sharp shooter. saya suke yg rambut ala2 bob marly tu. somel...

BunkFace! memang BERTENAGA lah dia org ni. lagi2 si SAM. takut aku urut leher dia putus. dia ckp dia org dr Klang, pastu tny ada sapa2 dr Klang tak?! tanpa berfikir panjang aku telah mengangkat tangan dgn pantas nye sambil tak lupa buat muka cute. hehehehe. maka perasan lah dia akan aku. nyeh nyeh nyeh
aza yang tegar tuk beratur gak. dan akhirnya berbaloi lah gak usaha beliau. cayalah za... lama sih beliau beratur.sian.nasib ada abg encem kat dpn. tp dah ada anak... warrgggghhhhhh
lion tu gigit ekor lion lg 1 tu. kejikan. tp lawak yang ni cium mulut plak. tak paham aku
sham kamikaze. encem banget. dia perform 1 group lah. KAMIKAZE lah. tp aku asik amik gambo dia je... org keliling aku dh usha2 aku je. suke ati akulah kan! camera aku! sibok!
meetUncleHussain
aku hangin betul ngan org2 yg pegang belon2 tu. menyibok tul!
Lan yang best
kami
Lan pesan suruh jaga wallet masing2 time ni.
kegilaan dak aza. ketahuilah kau LAN
BUKTINYA! ewah2, ceria nya
~tangan kat bahu Lan BUKAN milik aza~
TAJA yang berbakat. teruskan berkarya ye
~muke yg pura2 terkejut, padahal tahu aku amik gambonye~
disebabkan semua org berebut nak tangkap gambo ngan MUH, so MICKEY ni telah terabai. jd aku yg malas nak rebut2 ni pun menghiburkan hati si MICKEY!!!
~somel diluar tp lebih somel didalam nya. hehhee sian dia panas~


TO
meetUncleHussain, IM UR MUSIC LOVER
support our local band
peace!