Thursday, July 23, 2009

:'|


"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa... hilang dimata tapi dihati jangan lupa...."

hari ini dalam sejarah. baru tadi balik dari 'Majlis Suai Kenal & Perpisahan' company aku. bersara nye Pengerusi Lama dan bergantinya Pengerusi Baru. Tiada lagi DJ di Satang. hmmm sedih gak, tapi ape kan daya, Ketentuan Tuhan. Diharap yang baru akan menerangi semula.

15.7.2009 ialah tarikh beliau melepaskan segala pahit jerih, berkat usaha, susah payah selama lbh kurang 18 tahun pada 'tangan baru'. Bukan sesuatu yang mudah, tapi ia nya PERLU dilaksanakan demi SATANG!
Yang berlalu biarlah berlalu, yang di depan perlu lebih perhatian dan hati-hati melangkah hendaknya.

# dlm 18thn tu, aku sebahagian dr nya. 6 thn aku mencari rezki di sini :)

Sunday, July 12, 2009

koma,

JANGAN PERNAH MENYESAL...

kalau itu yang tertulis dan tersirat dalam lipatan buku teks hidup aku, ape lagi yang perlu aku pikirkan. hanya ikut dan nikmati nya sahaja. TUHAN sesungguhnya KAU MAHA MENGETAHUI dan MAHA BESAR. KAU telah tetapkan hanya yang TERBAIK untuk HAMBAMU yang amat kerdil ini. setelah aku berusaha, berdoa, tawakal, berpikir, termenung, buat kire-kire, membaca, berbincang, ber ber ber... akhirnya keputusan TELAH diBUAT. hanya ALLAH YANG MAHA BESAR, aku, diriku, otakku, hatiku, badanku, pikiranku, akalku yang PERLU TAHU KEPUTUSAN itu. RAHSIA... hakhakakakkk.

Apa pun yang terjadi JANGAN pernah MENYESAL dengan keputusan ini. Ia nye sebahagian dari warna warni, masam manis, pahit jerih, hitam putih, baik buruk KEHIDUPAN insan yang bernama AKU. Biarlah aku yang mencorakkan liku2 HIDUP aku. kau, dia, kamu, mereka, anda semua adalah sabahagian dari sejarah yang telah tercorak dan terwarna dalam hidup aku. trima kaseh untuk itu. tanpa semua itu, mungkin hidup aku tidak seINDAH ini.

ape pun yang terjadi, JANGAN LUPE UNTUK TERUS TERSENYUM dan BERSYUKUR dengan nikmat dan KASEH SAYANG dr ALLAH S.W.T. REDHA dgn setiap KEJADIAN...

-from dzi to dzi and only for dzi-