Thursday, February 10, 2011

ahmad aqif faid







saje nak up gambar aqif dlm my blog... anak adik aku ni. dia sgt chomel. sechomel makcik dia ni :p (blog aku suke ati aku lah nk perasan ke ape ker) dh hampir 4 bulan di dilahirkan. so far, dia mmg membawa gelak tawa dlm rumah aku lah. bile dia nangis je, sume kelam kabut (atok n wan yg over sebnr nye).

mamat ni isap susu badan, kalau susu tin, mmg tak jalan ngan dia. dia muntah kan balik nye. so, mak dia terpakse lah buat kilang susu banyak2. penuh peti ais dek susu tuk mamat tu je. perah jgn tak perah lah kan. walau di opis, atau di mane jua. mamat ni agak kuat minum gak. tinggi org nye kot, sbb bile di bedung, nampak tinggi dia. jari2 pun panjang2.

hmmm now ni dia sdg berusaha nak meniarap. lawak sgt. bile dia senget badan je, mesti nak jerit2. berusaha lah tu konon. hakhaakkkkk. sian gak tgk bile dia dh penat tu. pastu asik main air liur je. lidah keluar2. habis basah baju. menyirap je aku tgk.

abang aku pun asik balik je now ni. tak lah mak ayah aku bising sgt. dia seronok n suke sgt main ngan aqif. abg aku tu muke je ganas, ati lembut gak tu. lagi2 ngan budak kecik2 (betul2 yg kecik2 je, yg bsr sikit dia buli).

now mak aku yg jaga, sbb tak de org nak jaga baby. payah tau cr nye. org tak mo jaga baby. payah katanye, pastu nnt ade banyak masalah. so mak aku n auntie nanny blakang umah tu lah yg tlg jaga kan. nasib baek auntie nanny tu baek :) dia pun suke sgt ngan aqif. mak uda n mak long aku pun tak abis2 ngan dtg jumpe aqif. heheee.. tp alhamduillah lah, nasib mamat tu baek, ramai org suke dia. yelah kan, baby, sape tak suke kan?!

aku?! Hehehee aku lagi lah happie. dgn ade nye si kenit di rumah, mummy mesti happie kan. kalau balik tu, tak lah bosan sgt. bile dia tido or balik klang, boring skit ahh… kadang2, tak sbr nk tggu dia besar, tp kdg2 aku risau bile pk kan proses pembesaran dia. mcm2 bnd akan dia hadap. boleh ke dia, tak rosak ke dia, pandai ke dia, tak kene tipu ke dia, mcm2 lagi lah kau pk. tp aku doa kan yg terbaek aje buat ahmad aqif faid. Moga dia menjadi hamba allah, anak, manusia dan makhluk yang soleh, baek, adil, bijak, sopan, bertanggungjawab, lain2 kebaikan serta berjaya dunia n akhirat terutamanya. Aminnnn…

mummy sayunk awak :)

Thursday, January 27, 2011

poyo mongkos grunch club

dulu time kat cosmo, aku ade outdoor club. kami cipta sendiri. sbb kan kami asik keluar masuk hutan, last2 buat club sendiri. punya lah pening nak pilih nama club ni. macam2 idea keluar. kebanyakkan nye yg MENGAROT lah kan. yelah, dah ahli nye caoi, cek ben, ayats, jai, CK, aku, cik ayu, kak jun, booney, kak eida, kak ija, lin, jenah, cairy, wak ecam, ciman, wachot dan ramai gak lah lg; harus lah kepale tak betul kan. hehehheee... miss them very2 strong lah :'(

mase tgh pening2 pk nama tu, ade lah salah srg (disyaki caoi) telah bersuara... "kite taruk nama poyo mongkos grunch club lah" hakhakakkkk ngok lah kan!!! last2 nama diberi oleh CK, DAILY WALKERS ADVANTURE CLUB (D.W.A.C.). dipersetujui :) BUKAN drug with alcohol club OKAY!!! hehee itu pun satu hal tu. kuwang hajaq tul bdk2 jr tu.

so, sampai now ni lah club tu menjadi Kesah klasik untuk masa depan. kami sgt hargai masa2 bersama dulu. miss time lepak kat kolej, masuk hutan, g bundle, pasar malam, tgk wayang, ponteng kelas... hahakakakkk mcm2 lah. tak masuk bab gaduh lagi. bdk2 ni jatuh moto lagi. pastu bercinte sesame sendiri. muahahhaaa... lawakkk nyer. hmmmm mcm2 lah kan.

Terima kasih Tuhan n korang sume yg menjadi sebahagian dr Sejarah hidup aku. korang memberi kaler pd aku. TQ :)

*scene touching plak yg hujung2 nye... sob sob sob

hargai ketika ada <3

Wednesday, January 26, 2011

yang terlepas...

ok, now ni aku sedang mencoba utk mengingat kembali ape yg jadi from my last entry. muehmuehmuehmuehhhhh....


1- MALAYSIA MENANG!!! KAMI ANAK MALAYSIA, KAMI BERDIRI MEGAH


Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun

2- Comp aku tukar management LAGI!!! really hope this time akan memberi sinar

3- Ayah aku jatuh pulak, cedera kaki, berlubang sikit, hope dia cepat2 sembuh. amin...

4- Aku akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Kalumpang Resort :) yehuuu.... aku, kak za, fisha, KJ, mus, din(kwn mus), jai, syaz, komeng, aleng, CK n ehem2 CK. Happy Hour. air dia SEJUKKKkkk giler kot!!! Gilerrr ahhh (time ni ayah jatuh 4 2nd time ni)

5- Aku baru balik dari merehatkan MINDA :) percutian percuma yg sangat dihargai. terbaekkkk. thx to kzai :) tqsm. enjoy the trip sooooooo much. sharing the moment with u n lizzy. nice place (pool yg sojuk), view terbaek, food sedap dll. thxxxxx

ape lagi, ape lagi, ape lagi ek'

6- ohhh Along Sepet dh dapat BABY BOY...

7- Wana br je dpt 2nd baby. boy jugek. 26/01/2011

8- Aqif makin membesar. dh pandai isap tangan (tangan ok, bukan jari). so dh tak pakai glove ;p dh pandai gelak2, gerammmm je aku budak gumuk tu!!!

9- haaa... now ni aku mengasah bakat menjahit tu. aku telah berjaya menyiapkan 2 beg kecil. hehehehee.... pada aku cung ahh tu!!!

10- betty dh tunang

11- uncle joe dh selamat menjalani 'by-pass' dgn jayanye. thx God :)

apo laie haa?

12- ohhh kat opis td melayan lagu2 KRU; karok ngan LIZ. hakhakakkkk
kak zai, keje kami siap kan?! hehehheeee

13- Si Merahku (PSP) asik hang je lately ni. sedeh lah

14- dh survey2 BB, tp tersurvey Jam Adidas gak! chantek nye kamu 0:D but, no MONEY no BUSS my fren. so shut up!

15- latest news, opis nak pindah g subang 2. what?! sebumbung?! alamak... masalah hati nnt aku ni. cekal cekal cekal cekal. huhuuuu

16- try nak diet ni. ayin, mari lah kasi semangat padaku :)

17- ohhh yer, semua jam tangan aku habis bateri SERENTAK! tak percaya, BETUL... aku pun tak caya, so terpakselah aku pinjam jam dodol :D

hmmmmm... itu je kot, mcm dh ngarot2 mencarot je. so itu jelah wat masa ni. later gue sambung k...

:)

Thursday, December 16, 2010

PROUD TO BE MALAYSIAN

Malaysia menang ke atas pasukan Vietnam. Malaysia 2 Vietnam 0. itu antara petikan dalam akhbar untuk ari ini. alhamduillah... gumbira hati ku ini. Tahniah buat kalian. harap terus kan usaha tuk MENANG DAN MENANG LAGI OKAY!

thumb up!!! (:

Monday, December 13, 2010

They are born between 22nd May - 21st June

You're not prone to falling head over heels in love. However, you do find yourself falling in love, but slowly. Beforehand, you like to put your devoted admirer to the test. You need intellectual exchanges. To seduce you, this person best not be your average Joe and they will know how to get off the beaten track. And most importantly, they won't smother you. Very independent you are and you need your freedom to be happy. Before committing yourself, you reflect for a long time, which generally allows you to make the right decision. It's not easy to tie an you down... But it's a different matter with this kind of person. You will find their intelligence and bubbly character attractive. You can speak about anything with them and are enriched by your contact with them. They respect your independent spirit because they are also obsessed with liberty. You don't feel like they enclose you in a cage. Quite the opposite, they help you to escape from routine. And in bed, all's good! You're both very imaginative and have a lot of fun together.

Friday, December 10, 2010

bulan terakhir 2010

as salam,

"Ya Allah, dh bulan 12!!" hmmm itu adalah dialog biase yg kite akan dgr bile masuk je bulan december every year. dah hujang tahun kan. tinggal lagi +- 20 hari je lagi ke 2011.

ok mari kite lihat, ape yg jadi kat my life sepanjang TAHUN 2010. mari senaraikan:

majlis org kawen:
1) Abang Lan Pekan
2) Komeng n Syaz
3) Budi
4) Faizal Ayub
5) Ajun n Eddy
6) Wa'e (tp tak dpt datang)

majlis yg bakal berlangsung dlm bln dec ni:
1) shah reza latif (adek)
2) Mashi

tunang:
Ravi, Jai n betty(bakal)

teater:
CUCI THE MUSICAL 2
lawakkkkk sgt. i love u reffa :)

the BEST hadiah:
AHMAD AQIF FAID :)

1st time:
1) derma darah
2) blood test

raya:
1) 1st day raya sekeluarga ke kh cik jenah. Sabak Bernam. sukeee
2) raya qurban, g umah Aperk kat Sabak Bernam jugak. Cantikkkkk sgt

cuti2 malaysia. Syoookkkkkk:
1) Pekan , Pahang
2) Singapore. USS :)
3) Sungkai Hot Spring
4) Hot Ballon, Putrajaya
5) Damai Laut, Lumut
6) Lagong (belakang Umah. hakhakkk)
7) Tasek Kenyir (PM ;p)
8) Air Terjun Bekelah, Maran, Pahang
9) Taman Negara, Pahang
10) Janda Baik, Pahang

kerja:
1) liz berhenti keje (sedeh sgt time ni)
2) liz berhenti ranhill
3) liz masuk satang. hakhaakkakkk
4) bos aku berhenti

:'( yg tak best:
1) aza pindah Alor Setar :'( sad sad sad... separuh jiwaku PERGI :'(
2) ayah xcden. patah tulang bahu n 2 tulang rusuk. sian dia. alhamduillah dh beransur pulih. luv u daddy, muahhhh
3) aku dapat tahu cerita2 sebenarnya. apa yg sebenar nya berlaku pasal 2 org ehem2 aku. hmmm takdir penentu segala :|
4) KESILAPAN, PENIPUAN terbesar dlm hidup! RAHSIA. dugaan
5) terjalin n terputus nya hubungan melibatkan hati <3 dugaan n pengalaman
6) uncle joe sakit jantung
7) sedara ku meninggal (2-3 org gak)
8) benca alam sana sini

hmmm rase nye itu ajer kot. pape pun alhamduillah kerana aku masih bernafas, rezki masih murah, masih sihat(bertambah sihat kot), en arie still with me, still have my mom, dad, brother(raksakse gorgon), sister(ummi ketot), brother in law(dodol senget), and AQIF cumil gebuuuu, my famili n frenz still with me(bertambah kawan lagi), still ade kerja, still lengkap anggota tubuhku dan lain-lain lagi. bersyukur...

harap tahun2 akan datang akan lebih bahagia hatiku, jiwaku, diriku. dunia dan akhirat. insyallah... doa buat seluruh umat islam juga.

*moga aman tanpa sengketa lah planet bumi ini kelak* aminnnn....

Friday, November 19, 2010

blog vs FB


hmmmm sekarang ni malas betul nak update blog. idea ade, bnda nak citer ade, rajin yg tak de. hehheheee... sbb sume nye dh di update kat FB. lg senang kot :) so, sgt kasihan akan blog ku yg sunyi sepi ini. bile lah nak rajin ni?! :'( saya akan berusaha later ok :'p